<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d294984137957345243\x26blogName\x3dlittlemuslimah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dTAN\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://littlemuslimah97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://littlemuslimah97.blogspot.com/\x26vt\x3d6131166767984632576', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Photobucket

DISCLAIMER

No ripping, spamming, blablabla etc etc…. YOUR DISCLAIMER HERE!


PROFILE


Your sweeet profile here



WISHLIST

WHAT YOU WISH FOR


TAGBOARD

width 180px
CBOX



AFFIES

Links
Links
Links
Links
Links
Links
Links
Links
Links


MUSIC

MUSIC CODE HERE width should be 180px;recomened height 105px


PAST

April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
September 2013
October 2013



CREDITS

Designer: Helena
Image: Cyworld
Basecodes: Milkypoop
Cursors: Puremilky


Friday 19 July 2013 08:08



Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga“.
(Hadis Sahih – Riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)“.
(Hadis Sahih – Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” 

(Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmidzi)
Dari Salman r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari bulan Syaaban sabdanya :
Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang besar kemuliaannya, lagi berkat.  Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).
Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih pada malam harinya“.
Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan – samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu – samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain”.
“Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga;  ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman”.
“Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa,  maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun”.
“Sababat-sababat Baginda berkata:  “Ya Rasulullah,  kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. ” Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan:  “Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. “Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat,  pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka”.
“Barangsiapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadhan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari neraka”.
“Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan.
Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah:

Pertama – mengucap:
Kedua – banyakkan beristigfar dengan menyebut :
istigfar
Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah: 
Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga,  serta berlindung kepadanya dari azab neraka – dengan menyebut:
doa
Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.
(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).






02:48



  •          Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
  •         Orang yang sedang duduk menunggu solat
  •          Orang yang berada di saf depan solat Jemaah
  •          Orang yang menyambung saf solat berjemaah(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)  Kalangan malaikat akan mengucapkan “amin” apabila imam selesai membaca al-fatihah
  •          Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakannya
  •          Orang yang duduk di tempat solat selepas melakukan solat
  •          Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah
  •          Orang yang membelanjakan hartanya(infak)
  •          Orang yang sedang melawat orang yang sakit
  •          Orang yang sedang makan sahur






02:41


Marhaban ya Ramadhan…Marhaban ya Ramadhan..Hai ..Assalamualaikum..ola..haha semua bahasa saya nak guna…apalah saya ni J.. Semua dah tahu  bahawa sekarang ni bulan apa..murid-murid….Bulan Ramadhan…ya pandai
        ALHAMDULLILLAH kita dah memasuki bulan ramadhan yang penuh keberkatan,kesucian dan bulan untuk kita perbanyakkan amalan..Terlebih dahulu saya nak minta maaf sebab tak sempat nak update blog ni atas masalah-masalah tertentu…ye ke!
       Ok lah..di bulan Ramdhan ni kita kena,mesti,wajib,harus dan kena jugak melakukan banyak amalan yang baik..Tinggalkan keburukkan ..banyakkan amalan . Pada bulan Ramdhan ni bukan sahaja perut yang kita sayangi ni je yang menahan lapar dan lawan nafsu ..tapi ada macam-macam lagi yang kita perlu jaga.Antaranya:
  •          Menjaga percakapan kita
  •          Menjaga penglihatan kita
  •          Menjaga aurat kita
  •          Dan macam-macam lagi yang perlu dijaga J


        Bulan Ramadhan ni juga ada banyak faedahnya antaranya:

Jadi..kita haruslah menjaga puasa kita dengan baik agar pahala tidak dikurangkan..

Bulan Ramadhan bulan yang berkat..bulan rahmat dan bulan utama ..Pahala digandakan doa diterima …bulan Lailatulkadar yang teristimewa..





02:34


                 Assalamualaikum…apa khabar semua?...Alhamdullillah kita sudah memasuki bulan Ramadhan yang insyallah akan memberikan banyak faedah kepada kita semua…
                Pada hari khamis yang lepas Kelab Bimbingan dan Kaunseling SMK Bakar Arang telah mengadakan “MAJLIS APRESIASI” yang diuruskan semuanya oleh Ahli KBK tingkatan 4 (saya la tu J ) Majlis ini diadakan untuk semua ahli KBK dan untuk Batch’96 iaitu Form 5 tahun ni yang  menjadi tahun yang terakhir mereka berada di sekolah ini.
               Majlis diadakan di Laguna Lake Club yang saya rasa agak jauh dari rumah saya dan berlangsung pada pukul 8.30 malam..sepatutnya berlangsung pada pukul 8.00 malam tapi ada masalah teknikal sikit..Tapi apa yang penting majlis tu berlangsung dengan sempurna..Alhamdullillah
                Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang guru termasuklah Pengetua SMK Bakar Arang..Anggaran tetamu yang hadir ….em..agak 110 orang..

             Semua decoration  yang dihasilkan adalah hasil tangan-tangan  our team yang cantik-cantik belaka..memang saya tabiklah walaupun masa untuk menghias agak limit..saya pun tak berapa pasti kenapa time sangat limit..walhal kami dah ada di sana pukul 4..kesian tau sampai tak sempat nak hiaskan diri ni bagi cantik sikit..














p/s: thanks uzair..for the picture