<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d294984137957345243\x26blogName\x3dlittlemuslimah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dTAN\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://littlemuslimah97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://littlemuslimah97.blogspot.com/\x26vt\x3d6131166767984632576', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Photobucket

DISCLAIMER

No ripping, spamming, blablabla etc etc…. YOUR DISCLAIMER HERE!


PROFILE


Your sweeet profile here



WISHLIST

WHAT YOU WISH FOR


TAGBOARD

width 180px
CBOX



AFFIES

Links
Links
Links
Links
Links
Links
Links
Links
Links


MUSIC

MUSIC CODE HERE width should be 180px;recomened height 105px


PAST

April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
September 2013
October 2013



CREDITS

Designer: Helena
Image: Cyworld
Basecodes: Milkypoop
Cursors: Puremilky


Sunday 23 June 2013 06:06


                 Assalamualaikum...apa khabar semua.Izati harap semua okey..okey sahaja...Sempena malam nisfu syaaban ni saya cuma harap agar ramai pembaca blog saya baca yassin malam ni....Hah! tak baca lagi....Ishk...ishk....pergi baca yassin sekarang, 3 kali tau....Saya berharap agar Alllah mengampunkan dosa-dosa kita pada malam ini...

Tengok saya pun dah jadi muslimah dah...Tadaa...

    P/S: buat semua pembaca doakan untuk saya yang terbaik okey...esok saya ada perlawanan pidato...tapi sekarang ni saya satu habuk apa pun tak hafal lagi...Bye got to go now!




Thursday 20 June 2013 06:13


”Terdapat 4 jenis perniagaan yang sentiasa mengalir dan tak pernah surut:·  
        Perniagaan Makanan
·         Perniagaan ubatan & kesihatan
·         Perniagaan pakaian
·         Perniagaan pendidikan.





05:52


Nak jadi muslimah itu SUSAH,
Nak jadi mukminah jua SUSAH,
Nak jadi mujahidah LAGILAH SUSAH,
Nak terus istiqamah SUPER-SUSAH,
Namun biar susah,
Biar rebah,
Takkan ku endah,
Takkan ku kisah,
Kan ku tabah!
Kan ku gagah!
Demi Allah,
Demi Solehah,
Kerana akhirnya ku tahu indah,
IAITU menang atau Jannah.








03:51


  •          Kecantikan seorang perempuan terletak pada sejauh mana dia dapat menahan (menjaga dirinya),sementara kegagahan seorang lelaki terletak pada sejauh mana dia dapat menahan kemarahannya.
  •          Sesungguhnya tiada perempuan yang tersangat cantik,yang ada hanyalah kaum lelaki yang sangat lemah apabila berhadapan dengan kecantikan.Oleh itu,jagalah aurat dan tingkah lakumu..
  •          Ini agak lucu bunyinya,tapi itulah hakikatnya.Perempuan pada umumnya takut pada 3 perkara: Tikus,munculnya uban pada rambutnya dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
  •          Seorang perempuan menghadapi kesulitan apabila dia berhadapan dengan lelaki yang dicintainya dan lelaki yang mencintainya.Ini umpama ‘di sana menanti di sini menunggu’.Memang sukar untuk membuat keputusan.Tetapi paling penting pilihlah si dia yang mencintai kita,bukan sebaliknya.Cinta seorang perempuan mudah disemai,namun tidak bagi cinta lelaki.Putih katanya maka putihlah jawapannya.
  •          Perempuan lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.Betul tak?
  •          Kecantikan seseorang perempuan tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan dan perilakunya.
  •          Perempuan hidup untuk berbahagia dengan cinta,manakala lelaki mencintai untuk hidup bahagia.
  •          Kebijaksanaan seorang perempuanterletak di dalam hatinya.
  •          Tidak mungkin seorang lelaki akan hidup bahagia tanpa didampingi seorang isteri yang mulia.
  •          Mata yang paling indah tetapi harus juga berwaspada adalah mata kaum perempuan.
  •          Perempuan ketawa apabila dia mampu dan menangis apabila dia menginginkan sesuatu.
  •          Perempuan tidak dicipta untuk dikagumi oleh semua lelaki,tetapi sebagai sumbar kebahagiaan seorang suami….OH!..indahnya! 








03:47


                         Friendship bermaksud kapal kawan..@ kapal rakan…Ye ke? Haha lawak je lah.Friendship merupakan satu ikatan persahabatan yang terjalin antara kita dan rakan-rakan kita…Friendship yang best sangat ialah apabila rakan kita sentiasa berada dalam keadaan susah dan senang bersama kita..Kawan kita jugak tak pernah melupkan kita,selalu sahaja ada kita di dalam lubuk hatinya..
                         Kawan saya…? Mereka merupakan orang yang sangat best..sentiasa happening walaupun merana lepas baru jawab exam add math..haha..Senang je nak klasifikasikan mereka ni..
  •          Solehah:  seorang yang suka pada benda yang cute [orang dia pun cute jugak] ..Amat mementingkan kesempurnaan…miss kitty!
  •          Badrisya: suka benda-benda yang simple,dan menarik perhatian…orangnya pun cantik J
  •          Alifah: my director..my inspiration..my anything... Happy go lucky jugak…Running man
  •          Aisha: kurus je ,dia ni..tengok ja macam orang yang  tak makan banyak..tapi makan banyak….genetik kot J
  •          Haffiqah:Nampak macam pendiam…tapi gila-gila jugak
  •          Ain:Haha si gigi pagar besi ni pun sama…she my cherryberry
  •          Aina,Shakirah,Sharifah:Si kaki novel..ada saja novel yang latest mereka beli….peminat Izzue IslamJ
  •          Balqkis: Dia ni special sikit..ada hari dia gelak ketawa sakan..ada hari diam malu-malu kucing ,ada hari masam mencuka…macam-macam mood dia adaJ


They are my lovely friend for year 2013.Harap kami semua akan sentiasa bersama meneruskan ikatan yang dibina ini[wah!! Ayat jiwang karat!] ….Mood sekarang ni:Rindukan kelas 3 setia yang dulu……I LOVE 3SETIA….I MISS 3 SETIA….I MISS FRIENDSHIP IN 3SETIA…







Tuesday 18 June 2013 09:22


   

         Saya berharap yang saya belum terlambat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Bapa buat ayah saya...
                                                   I LOVE YOU DAD! YOU ARE MY HERO!




07:55


                       Assalamualaikum semua..Pejam celik pejam celik dah nak dekat bulan Ramadhan…Wah! Tak sabarnya..hihi Buat semua diluar sana dah ganti puasa ke belum? Kalau belum, cepat-cepat ganti tau bulan Ramadhan dah nak dekat dah ni…
                         Apabila dah dekat nakbulan puasa terasalah bahang nak raya..haha..Tak sabarlah pulak nak menyambut hari raya.Mesti ibubapa awak semua tengah prepare baju raya…Saya baju ada dah gunting tapi  tak siap lagi huh..Macam ni lah dugaan anak tukang jahit…Baju orang diutamakan baju anak diketepikan.Nak seminggu nak raya baru siapkan…tu pun kalau siap L
                        Kadang-kadang sedih sangat sebab kena balik kampong lambat.Dah terlepas peluang nak main bunga api dengan saudara-mara semua..Ada juga balik pagi raya..huhu,,Ibu!! Tahun ni nak balik raya awal! [Luahan hati anak seorang tukang jahit,….haha]
                    Apa-apa pun saya nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya [Apalah saya ni kan?...Puasa tak lagi dah nak raya haha,,,dah tak sabar dah ni! ] Saya juga nak berkan pesanan buat semua apabila berpuasa bukan sahaja puasa menahan lapar je tau tapi menahan semua ,tahan nafsu dan lain-lain.






07:24


        Assalamualaikum…apa khabar? Saya tengah boring ni..Ada dekat kfc sekarang ni..Mailah makan dengan saya haha… Ni gambar kegilaan saya menunggu cousin saya di kfc…[Jangan tiru aksi ini..kalau nak tiru pun boleh..no problem!]







Poyo kan saya ni...anyway inilah kerja yang saya suka buat kalau dekat KFC...haha





07:09


                              Assalamualaikum…apa khabar? Sihat? Harap semua yang membaca ni sihat-sihat je..ok! Hari ni saya nak ceritakan tentang Hari Sukan sekolah saya yang baru saya hadiri semalam di  Komplek Sukan Bertam,Pulau Pinang. Em,..kenapa tak buat dekat sekolah sahaja hari sukan? Hahh..ni sebabnya sekolah saya mempunyai padang yang kecil dan tak dapat menampung jumlah murid yang banyak sangat itu lah yang buat dekat Komplek Bertam tu… Saya menghadiri majlis sukan ni bukan sebab apa..Ada kawad Puteri Islam..Jadi semua ahli puteri islam diwajibkan pergi…walaupun diwajibkan pergi…ada juga yang tak pergi..huhu











               Keputusannya,Puteri Islam tak menang..But it ok! Tahun depan ada lagi…kami akan buktikan kepada semua unit uniform SMK Bakar Arang..yang kami ni boleh…Yeah!! Saya juga nak ucapkan Terima Kasih kepada Tuan Hamizan yang sudi mengajar kami semua sampai rasanya tengok muka Tuan Hamizan macam boring je! Dahla orang panggil pun tak dengar …Adui!! Terima kasih juga kepada perkhidmatan Bas Gopal [perlukkah saya cakap?] yang memberi perkhidmatan bas yang tak percuma dan tak ada penghawa dingin…apa lah! Terima kasih juga kepada Ustazah Mahani yang sentiasa memberi sokongan kepada ahli Puteri Islam.. dan tak lupa juga kepada Kak Solehah,Kak Hajar,Kak Asmahan,Kak Marhaini,adik-adik saya Si Tengku,Shazliana,Atiqah  DAN adik-adik form 1 yang akak lupa dah nama adik semua…sorry ok! Dan kepada rakan saya Haffiqah dan Balqkis…yang telah lakukan yang terbaik untuk kawad Hari sukan….You all the best..


p/s kalau ada yang saya lupa berkan penghormatan ….sorry ok J






Thursday 6 June 2013 19:55


              Assalamualikum semua...Apa khabar... sihat? Mesti korang semua tak sabar nak pergi sekolah kan? [dalam hati bo......] Ok...ok saya faham semua orang tengah  stress buat homework.Ye lah! cuti 2 minggu kot siapa yang tak jam otak..hahha
             Demi bukak sekolah ang akan datang ni pada hari jumaat saya akan menyambut my best friend birthday...[yEY!] so...tengah tertanya-tanya nak bagi apa belum cari lagi ni..fasal perkara tu kita fikirkan nanti je lah.
             Kerja rumah saya alhamdullillah dah nak selesai...cuma kerja sekolah fizik je yang menyakitkan jiwa dan nurani hati ku..huhu tapi tak mengapa sebab usaha tangga kejayaan kan saya perlu menjadi rajin untuk mencapai kejayaan..haha
              Saya punya hobi cuti sekolah ni agak menariklah jugak sebab dapat pergi merata tempat...balik kampung..main snap-snap picture [yang tah apa-apa je]..makan dan tidur dan tolong ibu bapa[tolonglah sangat...haha]
              Jadi buat sesiapa yang menpunyai kerja sekolah yang belum siap tu..siap siapkanlah ye...saya nak semua orang berjaya...semoga bersua kembali...BYE






02:36


Assalamualaikum…apa khabar warga-warga yang melihat blog saya ini.Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat disamping keluarga tercinta dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.
                Hari ini saya nak certakan dilema novel yang dihadapi oleh rakan-rakan saya.Ya Allah mereka ini bagaikan dah gila novel tahap universe. Itu sebelum tiba cuti, bila nak sampai musim cuti ada yang bersusah payah membawa berbeg-beg novel hanya untuk dipinjamkan kepada kengkawan…ish..ish.Novel sekarang ini saya target nak beli ialah:

  •          Sebenarnya Saya Isteri Dia
  •          Projek Pikat Suami
  •          Teduhan Kasih
  •          Dan macam-macam lagi yang menarik.


Kadang-kadang saya pun tak berapa faham rakan-rakan saya ni .Ada yang sanggup berbelnja besar hanya hendak membeli novel.Saya? em….tak tentu lagi nak  beli ke tak novel yang diidamkan tu.Tapi kalau tak beli pun saya boleh pinjam pada rakan-rakan..Mereka..berlungguk sungguh novel dalam rak buku daripada buku latihan….Saya novel sikit..tapi buku latihan banyak..hhahaaha J
Ini adalah antara geng kaki novel saya:
  •          Saya: izati
  •          Badrisya
  •          Balqkis
  •          Alifah
  •          Aisha
  •          Aina
  •          Shakirah
  •          Haffiqah
  •          Syarifah
  •          Atiqah
  •          Aina Natasya
  •          Ain



So,kepada rakan-rakan saya yang diluar sana mahupun pembaca blog saya ni saya sarankan lakukan apa yang anda suka..Lagipun saya pun tak melarang kawan-kwan saya membeli sebab itu duit mereka…hahaJ Tapi berbelnja lah secara berhemah jangan sampai terpaksa mengikut perut hanya inginkan sesebuah novel ye….




Saturday 1 June 2013 20:47


 Assalamualaikum...saya hari ini cuma nak berikan anda motivation supaya sentiasa keep calm and happy selalu...




























20:31



               Assalamualaikum ...apa khabar...hari ini saya nak ceritakan betapa stressnya saya menghadapi ujian pertengahan tahun. Peperiksaan kali ini amatlah sukar dari yang saya sangkakan...Tak sangka susah gila...sampai kalau ada soalan yang susah saya terpaksa tidur dulu [cari ilham :) ]
                 Buka sahaja mata..terus menulis...jawapan....haha...sampai budak korea sebelah tanya kenapa bukak mata terus tulis jawapan..menakutkan sungguh...dengan mata merah....arhggg..
Di sebabkan ujian saya sudah habis saya menjadi seorang yang amat membosankan di kelas seperti di bawah:





hah..macam gambar tu lah aktiviti saya....sampai berkeliaran dekat sekolah pun ada...pergi mana?  

  • melawat kelas orang
  • melawat cikgu...sambil bersembang
  • melawat kantin...pergi melantak
  • dan macam macam lagi

itulah aktiviti saya...kalau korang ada aktiviti yang best nak dikongsi silalah comment....setiap comment anda akan saya hargai...bye...Assalamualaikum 




19:02



                Assalamualaikum semua…mesti anda semua dah tegok skin blog saya yang baharu ini..Alhamdullillah saya amat bersyukur kerana kawan saya Alifah Zahirah sanggup meluangkan masanya untuk meng“edit”kan blog saya yang dah serba baharu ini..Ye saya mengaku saya ni kan baru lagi berjinak-jinak dalam dunia “BLOGGER” ni..so, saya nak terus terang bahawa saya ni memang tak berapa lagi mahir dalam blog skin di blog..
            So,skin blog pun dah baru..saya apa lagi HAPPY-lar!! Memang so..cute blog ni …Memang patut dipuji kecekapan rakan saya membuat blog saya ni..Sudah berapa minggu lah dia bertunkus lumus mengerahkan semua tulang 4 kerat dia tu [lawak je..Alifah..hihi..]  jadi nampaknya nak kena belanja lah ni…hoho…
           Jadi marilah sama-sama kita memajukan & merancakkan lagi industry blogger MALAYSIA yang tercinta ini….OPPSS…sebelum tu janganlah kita lupa untuk follow saya …hihi..& sayasukaceritakorea.blogspot
           Apa lagi ye nak katakan…emm….silalah baca segala isi-isi yang tersurat & tersirat yang terkandung dalam blog ni…SEE YOU SOON..MUAH.. J




19:00


     Assalamualaikum semua..hai ...apa khabar..sihat? saya harap anda semua sihat-sihat je...Pada sabtu minggu lepas saya dan sekeluarga telah membuat lawatan terkejut ke PENANG ..Saja ja ayah bawak pergi jalan-jalan ...ye la duduk dekat rumah asyik bergaduh je..sapa tak marah kan? 




semasa dalam kereta! :)




alahai tudung tak jadi!

       inilah gambar-gambar yang entah apa-apa semasa pergi Penang...Saya harap you all suka :)
semoga berjumpa lagi ...PEACE