<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d294984137957345243\x26blogName\x3dlittlemuslimah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dTAN\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://littlemuslimah97.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://littlemuslimah97.blogspot.com/\x26vt\x3d6131166767984632576', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Photobucket

DISCLAIMER

No ripping, spamming, blablabla etc etc…. YOUR DISCLAIMER HERE!


PROFILE


Your sweeet profile here



WISHLIST

WHAT YOU WISH FOR


TAGBOARD

width 180px
CBOX



AFFIES

Links
Links
Links
Links
Links
Links
Links
Links
Links


MUSIC

MUSIC CODE HERE width should be 180px;recomened height 105px


PAST

April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
September 2013
October 2013



CREDITS

Designer: Helena
Image: Cyworld
Basecodes: Milkypoop
Cursors: Puremilky


Friday 24 May 2013 00:57


           Ada sesetengah orang yang Bertanya kepada saya….Izati ni orang yang macam mana erk? Izati ni umur berapa..kalau belasan …sekolah kat mana? Dan berbagai-bagai soalan yang kadang-kadang geli hati pun ada.
                        Ok! Ceritanya bergini..Saya merupakan anak sulung kepada 2 orang hero di rumah…Masih lagi belasan tahun dan menuntut di SMK Bakar Arang [form4]…Cita-cita jadi doctor insyallah atau apa-apa sahaja..Hobi sebenarnya saya pun tak tahu hobi saya apa,tapi saya seorang yang suka membaca seperti novel ataupun buku-buku apa sahaja…Sayamempunyai obsess yang sangat pelik iaitu kalau masuk kedai buku ja mesti kena beli buku walaupun satu…Saya lebih rela menghabiskan wang saya hanya semata-mata nak beli buku…Kalau dah membali memang tak ingat dunia..Kadang-kadang ada rasa menyesal juga sebab guna duit yang dihimpun untuk beli baju pergi beli buku…Tapi tak mengapa kan ilmu itu luas…So,saya meluaskan saya punya ilmu dengan membeli buku.
                      Saya juga seorang yang sentiasa mengamalkan cara hidup “HAPPY GO LUCKY” dan “DON’T WORRY BE HAPPY”.Saya juga sorang yang sangat peramah kalau untuk orang yang kenal sahaja…Kalau orang yang tak kenal tu ..mula-mula malu lepas tu gelak sakan …Disebabkan saya budak form 4..saya telah mendapat kelas sains tulen…Alhamdullillah saya telah mendapat keputusan yang baik dalam PMR….Subjek yang saya suka ialah biologi dan chemistry….Tak suka …bukan tak suka …suka tapi otak ni tak nak terima….[physics]…jadi kalau ada sesiapa yang sudi nak ajar please bagitau erk..
                       Saya seorang “animal lover”.Saya sangat suka akan binatang…Tempat yang saya suka kunjungi pulak ialah Zoo,tempat yang mendamaikan jiwa,sawah padi, dan tepi sungai dan air terjun….Saya rasa itu sahaja tentang diri saya…tapi kalau ada info-info fasal diri saya yang patut tahu saya akan ceritakan pada anda semua ye!!  See you soon!!! AMINYO!!




00:52



                  Assalamualaikum..apa khabar semua…harap baik-baik sahaja..Pada hari ini tajuk yang saya nakceritakan adalah SHOPING! Inilah dia salah satu situasi jika anda mula mempunyai duit lebih.Apa yang terlintas difikiran hanya shoping,shoping dan shoping.Jika kena dengan bajetnya tidak apa. Tetapi jika dah Terlebih bajet oops..parah jadinya. Jadi bagaimanakah cara untuk anda bershoping sakan tetapi masih lagi boleh menyimpan dan kena dengan bajetnya?

  •          Pelan perbelanjaan: Pertama,pelan dahulu setiap wang yang ada.Asingkan untuk perbelanjaan wajib dan keperluan.Selebihnya untuk perbelanjaan makan minum serta kecemasan.Jika,masih berbaki baru gunakan untuk berbelanja.
  •          Simpan: Simpan bukan sahaja bermakna anda perlu menyimpan membeli sesuatu yang anda hajati.Malah anda perlu menyimpan lebihan duit yang anda peruntukkan untuk membeli-belah agar anda boleh gunakan untuk bulan yang seterusnya.
  •          Tempat: Pilih tempat yang menjual barangan yang berjenama berkualiti tetap dan harganya murah.Bijak memilih tempat berbelanja menyelamatkan wang anda.
  •          Teman: Setiap kali ingin membeli-belah pilih teman atau rakan yang bukan jenis kaki shoping tetapi bijak dalam bergaya.Ini kerana,jika rakan anda itu seseorang yang suka membeli,dia akan tetap menyokong setiap apa yang anda beli.Begitu juga dengan dirinya.Jadi, akhirnya sama-sama habis duit.
  •          Wang cukup-cukup: Hah! ini cara mudah bagi mengelak anda Terlebih sakan bershoping.Dengan cara ini berbelanja dengan berjimat-cermat..dan bukannya boros tak bertempat.


Alhamdullillah ini adalah serba sikit tips yang suka sangat berboros [macam saya…hihi..tapi tak mengapa boros ke arah makanan]. So, sentiasa berjimat cermat dalam setiap perbelanjaan kita.Gunakan wang untuk perkara yang perlu bukan untuk perkara yang mahu…hihi..








Thursday 23 May 2013 23:16



Mission 2013 :)
  •          Saya nak mendapat keputusan yang baik dalam exam….insyallah.
  •          Saya nak menjadi seorang blogger yang aktif…untuk anda semua…[doakan lah yeJ]
  •          Saya nak mengumpul novel tahun ni…kalau boleh nak banyak-banyak..haha
  •          Saya nak study smart-smart untuk persediaan next year [SPM…HUHU….scary!]
  •          Nak menjadi seseorang yang pandai membahagikan masa…CAIYOK!!
  •          Nak aktif dalam kokurikulum…
  •          Nak jadi kakak yang penyayang [dah taknak jadi Kak Ros dah]
  •          Nak jadi seorang rakan yang boleh dikongsikan masalah….[kalau ada apa-apa masalah silalah cerita dekat saya …saya sedia membantu J]
  •          Nak bagi add math dapat result yang bagus dalam exam..hihi
  •          Nak jadi anak yang Solehah,taat pada Allah ,ibubapa,rasullullah ,sahabat,cikgu & semua orang..






08:21


                         Assalamualaikum…arigato..hakhak..apa khabar semua? Harap sihat-sihat belaka di sana sentiasa berada dalam keadaan HAPPY gitu..pada 16 mei yang lalu kita telah menyambut hari apa?....HARI GURU…yeh! Hari guru dianggap sebagai hari yang paling seronok..buat pelajar untuk cuti..Ishk…ishk..ishk..ini semua tak betul…kita sebagai seorang pelajar haruslah menghargai guru-guru kita yang telah banyak berjasa dalam mendidik kita menjadi seorang yang berguna.
                    Tanggungjawab sebagai seorang guru amatlah susah..Mereka bukan sahaja bertanggungjawab dalam mendidik pelajar malah, mereka perlu menjadi sebagai ibubapa di sekolah..Pada hari yang bermakna ini saya hendak cerita kan sebuah cerita tentang jasa seorang guru..[di petik dari buku Antologi Kasut Kelopak Jantung]
Kasut Kelopak Jantung..
Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan Ketika beliau baru balik dari surau.Bungkusan itu sentiasa diterimanya,terutamanya pada setiap 16 Mei.Walaupun tiada nama pengirim ,tetapi Cikgu Harun sudah dapat meneka siapa yang menghantarnya.
    Kedatangan bungkusan itu membuatkan Cikgu Harun teringat semula kenangan semasa menjadi guru di sebuahkampung pendalaman lebih 3 dekad lalu.Ketika beliau masuk ke kelas, matanya tertumpu ke arah Ahmad yang tidak berkasut.Cikgu Harun bertanyakan Ahmad tentang kasutnya.Ahmad menjawabbahawa dia belum membelinya.Selama 3 minggu itu,Ahmad tetap juga ke sekolah dengan tidak berkasut Cikgu Harun tidak mengatahui tentang latar belakang Ahmad yang sangat miskin.Ketika bersenam di padang,semua pelajar lain riang bermain di padang dengan pakaian sukan yang lengkap tetapi Ahmad tidak menukar pakaian.Kemarahan Cikgu Harun memuncak lalu mendenda Ahmad dengan menjadikan kelopak jantung pisang sebagai kasut.Ahmad berasa sangat sedih dan malu.
    Keesokkan harinya,Ahmad tidak ke sekolah kerana malu.Keadaan ini berterusan selama seminggu.Cikgu Harun bertanyakan kawan-kawan Ahmad.Mereka memberitahu bahawa Ahmad hendak pergi ke sekolah.Cikgu Harun berasa sangat bersalah.
    Petang itu,Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad selepas mendapat panduan alamat rumah Ahmad daripada kawan-kawan sekelasnya. Cikgu Harun terkejut melihat keadaan rumah Ahmad yang seperti pondok.Kedatangan Cikgu Harun disambut oleh ibu Ahmad.Ahmad tiada di rumah kerana pergi berkerja memungut cili di kebun.Sebentar kemudian, Ahmad pulang dan Cikgu Harun terkejut kerana kasut kelopak jantung masih lagi terlekat di kaki Ahmad.
     Cikgu Harun bertanyakan sebab Ahmad masih lagi memakai kasut kelopak jantung pisang itu.Ahmad memberitahu bahawa dia belum mempunyai wang yang cukup untuk membeli kasut.Tiba-tiba air mata Cikgu Harun mengalir.Cikgu Harun t5erus menghidupkan enjin motosikalnya untuk pergi ke pekan.Beliau membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut untuk Ahmad supaya pergi ke sekolah esok.
   Kini, Cikgu Harun sudah bersara dan beliau tidak perlu membeli kasut lagi kerana setiap tahun ,beliau akan menerima bungkusan hadiah sepasang kasut.Beliau pernah mendapat khabar bahawa Ahmad pernah berkerja di pasar malam;namun beliau tidak pernah berjumpa dengan Ahmad.Beberapa tahun kebelakangan ini,beliau mendapat berita bahawa Ahmad sudah menjadipengurus besar di salah sebuah syarikat pengeluar kasut yang terkemuka.
                 So, the end of the story..saya harap cerita ini dapat menjadi pedoman buat kita untuk menghargai guru-guru kita…TERIMA KASIH…CIKGU….I LOVE YOU ALL..






08:19


       Assalamualaikum..semua apa khabar….hari ini saya nak ceritakan tentang hari ibu yang berlangsung baru-baru ni…Alhamdullillah semua ibu-ibu di Malaysia pasti berbangga kerana terdapat hari untuk menghargai mereka…tidak kiralah kaum cina,inda melayu,iban,kadazan dan lain-lain.
                 Sebenarnya hari ibu ni bukannya pada hari ibu je tau..sebenarnya tiap-tiap hari adalah hari ibu…kita hendaklah menghargai segala jasa yang telah ibu kita berikan pada kita…hanya dengan mengucap SELAMAT HARI IBU sudah cukup mengembirakan hati mereka… kita kan diwajibkan mengembirakan hati ibu bapa kerana syurga terletak di bawah kaki seorang ibu…
              Buat semua ibu-ibu di seluruh dunia ku ingin kau tahu …yang aku cinta kamu semua, wahai permaisuriku….[lirik lagu wanita seluruh dunia]..SEE YOU SOON..MUAH…[for my mom…haha] 










08:12


                     Alhamdullillahkembali lagi saya disiniOk hari ini saya nak ceritakan tentang anugerah cemerlang yang saya dapat baru-baru ni..hihi ..alhamdullillah saya bersyukur sangat-sangat sebab ini anugerah yang pertama kali saya dapat di SMK Bakar Arang..
Mendapat keputusan yang terbaik dalam PMR adalah perkara yang mengembirakan sayaentah mengapa waktu nama disebut saya asyik gelak sahaja tak henti-henti [tapi dalam hati sebenarnya HAPPY!! Sangat-sangat ..hahaha]..



SO kenangan yang diulit memori seribu makna ni saya akan sematkan baik-baik dalam kotak..kotak? ..bukanlah dalam hati jadi apa-apa pun you allSEE YOU SOON..MUAH J [sorry sebab tak sempat nak mengarang]




05:37


     Assalamualaikum semua..alhamdullillah kembali jugak saya setelah bercuti menulis di blog yang comel niem..kenapa ye?
Mesti ramai yang tertanya-tanya.Minta maaf saya dahulukan kerana saya menghadapi peperiksaan bulanan yang tidak boleh dielakkan .
Kalau lah boleh dielakkan saya orang pertama yang akan bahagia hihi..Ok pada kesempatan kali ini.Saya nak beri beberapa doa harian
Yang anda semua boleh diamalkan.
             Sebagai muslim,kita telah dibiasakan dengan ajaran membaca doa dalam setiap perkara yang dilakukan.Bermula dengan doa bangun pagi -----à hinggalah doa tidur.Dalam setiap perkerjaan yang kita lakukan mestilah dimulakan dengan doa bagi mendapat keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. Berikut disenaraikan 15 doa harian yang lazim kita lakukan:
  • ·         Doa Ketika tidur : “Dengan nama Engkau wahai Tuhan,aku hidup dan aku mati”
  • ·         Doa bangun tidur: “Segala puji hanyalah kepunyaan Allah yang telah menghidupkan kami,dan kepada-Nya kami dikembalikan”
  • ·         Doa memakai pakaian: “Wahai Tuhanku,aku memohon kepada-Mu daripada kebajikan sesuatu yang pakaian ini dibuat untuknya, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan sesuatu yang pakaian ini dibuat untuknya”.
  • ·         Doa membuka pakaian; “ Dengan nama Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia”
  • ·         Doa hilangkan rasa marah: “Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk; Ya Allah,ampunilah  dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku, dan lepaskanlah aku daripada syaotan yang terkutuk”.
  • ·         Doa keluar rumah: “Dengan nama Allah,aku menyerahkan diri kepada-Mu tidak ada daya upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua”.
  • ·         Doa masuk rumah : “Wahai tuhanku ,aku memohon kepada-Mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar.Dengan nama Allah kami masuk,dengan nama Allah kami keluar.Dan kepada Allah Tuhan kami,kami menyerah diri”.
  • ·         Doa Ketika rasa takut atau terkejut: “ Aku berlindung diri dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya,seksaan-Nya ,kejahatan hamba-hamba-Nya dan daripada gangguan syaitan dan daripada kehadiran mereka itu.”
  • ·         Doa Ketika menghadappi kecelakaan:” Tiadak ada daya upaya dan tenaga kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
  • ·         Doa Ketika sukar menghadapi masalah: “ Wahai tuhanku,tidak ada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau jadikan-Nya mudah dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendakinnya.”




Saya harap dengan perisian yang baharu ini dapat dimanfaatkan oleh semua orang yeSEE YOU SOONMUAH  J




05:32


         Assalamualaikum…………..apa khabar semua..saya harap semua dalam keadaan sihat hari…hah! bak kata orang putih “in pink”..hik..hik..Hari ini saya ada tajuk menarik sekali…iaitu “HELLO KITTY” ..Saya jamin semua orang sekarang ni dah terkena gelombang Hello Kitty…haha..[tambahan lagi kawan saya yang sorang tu hantu.. Hello Kitty..
                    Ya Allah…nampak je Hello Kitty perkara pertama yang dia akan buat ialah macam dialog bawah ni :
“Izati!!!!…….” Solehah berkata sambil ,menjerit.
“Hah!! Ya ada apa,kenapa,why,what happen?”sambil terkejut badaknya selepas dikejutkan oleh Solehah.
“Tu…tengok tu……WOW!! Gila aku”
“Mana mana mana?”Izati berkata sambil memusing badannya sebanyak 360 darjah dengan leher zirafah.
“Ala… tu yang cikgu pegang tu….comel gila!!”
“La kipas Hello Kitty ka! Ingatkan apa tadi”dalam keadaan releaf sangat.
Keesokkannya
Di perhimpunan…
“Izati tengok….Ya allah!!!” Soleha berkata sambil berlari ke arah saya.
“Hah!! ada apa? Kenapa…awat?”sekali lagi hari ni saya berpusing sebanyak 360 darjah…
“Tu… Auni tu..dia bawak beg kepala Hello Kitty……mmmm aku tak beli lagi dia dah beli dah…jelous gila! ”berkata Solehah..
                Kalau tiap-tiap hari macam ni boleh kena sakit jantung…tengoklah bagaimana fans Hello Kitty….Yeirgh!! semangat Hello Kitty memuncak…[thanks Solehah] nasib baiklah saya masih muda tapi tiap-tiap hari pening kepala sangat sebab kena pusing 360 darjah dengan leher Cik Zirafah pulak tu…Tapi sebab dia my best friend apa-apa pun saya tak kisah…haha..[BFF-lah katakkan …tapi memang benar]
             Saya bersyukur sangat-sangat kerana tak kenalah sangat tempias Hello Kitty yang merebak dekat sekolah dan penangan hasutan rakan-rakan..haha…Minat? Em…adalah sikit-sikit boleh la kira minat la jugak..tapi saya lebih minat DORAEMON yah!! Bak kata lagu Doraemon…An…An…An… hiihi..[memang kami ni tak malu kan umur dah tua tapi masih lagi minat cartoon ..hihi..But it’s ok sebab saya suka sangat-sangat!! Tapia pa-apa pun yang saya nak katakana di sini adalah teruskan minat anda yang anda sangat suka tu….kerana ia aktiviti yang bagus [walaupun menghabiskan wang..huhu L] teruskan obsesi anda ye!! Anyong!